Sejak zaman muda Umie Aida tak berlakon sembarangan - Hiburan | mStar

Sejak zaman muda Umie Aida tak berlakon sembarangan

Umie memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM30 menerusi filem Dukun.

PELAKON Datin Seri Umie Aida memberitahu dia sememangnya agak memilih sebelum menerima tawaran berlakon sejak mula membabitkan diri dalam industri lakonan.

Bagaimanapun Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, berkata dia bersyukur dan rasa bertuah apabila sering ditawarkan watak dan filem yang baik.

"Bukanlah baru sekarang nak memilih, tapi hakikatnya sejak dari awal kemunculan saya dalam industri lakonan memang dah memilih. Saya tengok karakter yang ditawarkan.

"Alhamdulillah laluan saya dalam industri ini pun bertuah kerana saya banyak sangat dapat filem atau watak yang bagus," katanya kepada mStar Online.


Umie bertuah banyak menerima tawaran filem dan watak yang bagus.

Tambah pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) ini, sebagai seorang pelakon dia bertanggungjawab untuk mewarnai watak yang diberikan.

"Ya, memang perlu mencantikkan lagi watak. Kalau seseorang pelakon itu tidak mewarnakan wataknya sendiri, memang rugilah.

"Apabila baca skrip, kita dah tahu watak itu macam mana. Sebagai pelakon kena bagi warna dalam watak supaya nampak lagi cantik tapi jangan berlebihan," ujarnya.

Umie bersama ibunya ketika hadir di FFM30 baru-baru ni.

Dalam pada itu, pelakon filem Dukun ini berkata keikhlasan adalah perkara utama yang harus diberi perhatian jika ingin berjaya dalam bidang lakonan.

"Paling penting buat sesuatu dengan ikhlas. Apabila dapat sesuatu naskah yang bagus, jangan fikir soal harga atau berapa dia nak bayar kita.

"Soal bayaran jatuh nombor dua. Yang paling utama, selepas dapat karya yang baik, kena fikir macam mana kita nak buat watak tu bagi menarik," katanya.

Umie Aida

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain