'Nur' bersinar lagi, kali ini menang besar di DFKL 2019 - Hiburan | mStar

'Nur' bersinar lagi, kali ini menang besar di DFKL 2019

Syafiq Kyle dan Amyra Rosmi dipilih sebagai Pasangan Pilihan DFKL 2019. Foto @tontonmy

DRAMA Nur terbitan Radius One Sdn Bhd diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad malam.

Selain itu dua pelakon utama drama yang sarat dengan pengajaran dan elimen Islamik tersebut iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Pilihan.

Sementara itu, Shahrulezad Mohameddin memecah dominasi dengan muncul sebagai pemenang trofi Penulisan Skrip Pilihan dan Pengarah Pilihan.

Tambah membanggakan, pelakon Azhan Rani membawa pulang trofi Antagonis Pilihan menerusi lakonannya dalam drama yang berjaya mendapat lebih 11 juta tontonan itu.

Janna Nick dipilih sebagai Aktres Pilihan menerusi lakonannya dalam drama Semerah Cinta Humairah.

Manakala pelakon Syafiq Kyle pula menepati ramalan membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi watak Ustaz Adam yang dibawanya dalam drama Nur.

Janna Nick pula menerima trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya dalam drama Semerah Cinta Humairah.

Kategori baharu yang mula diperkenalkan tahun ini iaitu Drama Rantaian Bahasa Cina pula dirangkul oleh drama My Sensei Nyonya terbitan Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd.

Manakala trofi Drama Pendek Pilihan menjadi milik drama Orang Kita.

Lagu Jatuh Bangun nyanyian Haqiem Rusli dan Aman Ra pula diangkat sebagai pemenang trofi Lagu Pilihan.

Lakonan mantap Azhan Rani dalam drama Nur diberi penghargaan menerusi trofi Antagonis Pilihan.

Semua pemenang menerima sebuah trofi sumbangan TV3.

DFKL 2019 diserikan dengan persembahan istimewa antaranya Hazama & Panglipurlara, Sarah Suhairi, Zaim & Pasha Mentor 7, Hafiz Suip dan De Fam. 

Manakala persembahan penutup diserikan dengan penampilan Anuar Zain melalui lagu Sedetik Lebih.

Rancangan anugerah tahunan ini dihoskan oleh pengacara terkenal Awal Ashaari dan ia disiarkan secara langsung menerusi TV3 bermula 9 malam.


Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019:

1. Drama Pilihan: Nur (Radius One Sdn Bhd)

2. Aktor Pilihan: Syafiq Kyle (Nur)

3. Aktress Pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

4. Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

5. Antagonis Pilihan: Azhan Rani (Nur)

6. Pengarah Pilihan: Shahrulezad (Nur)

7. Skrip Pilihan: Shahrulezad (Nur)

8. Lagu Pilihan: Jatuh Bangun - Haqiem Rusli & Aman Ra (Shah & Zam)

9. Drama Rantaian Bahasa Cina: My Sensei Nyonya

10. Drama Pendek Pilihan: Orang Kita

DFKL2019 , Drama Nur , Syafiq Kyle

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain