‘Tiada Tajuk’ judul filem pertama arahan Mawi - Hiburan | mStar

‘Tiada Tajuk’ judul filem pertama arahan Mawi

Mawi bersama barisan pelakon filem Tiada Tajuk ketika majlis pelancaran yang diadakan pada Jumaat. Foto ART CHEN

PENYANYI dan pelakon Mawi akhirnya mendedahkan judul filem pertamanya iaitu Tiada Tajuk yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 4 April depan.

Mawi atau Asmawi Ani, 38, membuat pengumuman itu ketika majlis pelancaran filem tersebut yang diadakan di perkarangan pusat membeli-belah Sogo, pada Jumaat.

“Sebenarnya dari awal lagi saya dan isteri memilih Tiada Tajuk kerana ia lain daripada yang lain.

Tiada Tajuk akan menemui penonton pada 4 April depan.

"Bukan saya sengaja merahsiakan tajuk sebelum ini tapi bila orang tanya apa tajuknya saya cuma beritahu Tiada Tajuk sebab itulah tajuknya.

“Saya juga akan membuat peraduan dan minta penonton beri tajuk yang sesuai untuk filem ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Filem ini turut dibintangi barisan pelakon dan pelawak seperti Joey Daud, Along Cham, Hazama dan Amira Othman.

Dalam pada itu, Mawi turut menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada peminat yang menonton filem berkenaan.

Mawi bersama isteri, Ekin. 

Hadiah berupa sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal Yamaha Y15, dan pakej umrah serta pakej percutian ke Australia untuk dua orang.

Mawi berkata, hadiah yang bakal diberikan itu bukan tajaan daripada mana-mana pihak, sebaliknya syarikat miliknya sendiri Mawi World Entertainment.

“Sepanjang saya berada dalam industri saya dapat empat buah kereta percuma iaitu ketika memenangi Akademi Fantasia dan Anugerah Bintang Popular... Jadi kali ini saya mahu beri pernghargaan kereta kepada peminat pula,” ujarnya.

Mawi , Tiada Tajuk

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain