“Segan pun ada ni…” Kata Siti Nurhaliza selepas nama jadi ‘trending’ pada hari lahir ke 40 tahun - Hiburan | mStar

“Segan pun ada ni…” Kata Siti Nurhaliza selepas nama jadi ‘trending’ pada hari lahir ke 40 tahun

Siti Nurhaliza menjangkau usia 40 pada Jumaat.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah tersendiri apabila namanya menjadi perhatian di laman sosial Twitter sempena ulang tahun kelahirannya ke 40 pada Jumaat iaitu 11 Januari 2019.

Tiga trending yang menggunakan kata kunci #sitigolden40th, TokTi dan Siti Nurhaliza adalah perkataan yang hangat diperkatakan netizen di laman sosial itu sejak pagi Jumaat.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan penyanyi kesayangan Malaysia itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Anta Permana ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Segan pun ada ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ye," tulisnya.

Siti ucap terima kasih kepada yang memberi ucapan hari jadi kepadanya.

Sementara itu, pengurusnya Rozi Abdul Razak berkata, apa yang dilalui oleh penyanyi itu adalah bayaran daripada segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang anak seni.

"Bagilah dia peluang, hari jadi diakan hari ini, tiga sekali tu trending.

"Kadang-kadang, Allah duga kita, Allah beri kita cabaran, Allah limpahkan kita suka duka, bahagia, perit, berjaya, jatuh, aniaya, fitnah dan macam-macam untuk menghadirkan sesuatu, hanya dia saja yang dapat ‘menikmati’ erti segala sesuatu itu," ujarnya.

Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Siti berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan.

Majlis meraikan ulang tahun kelahiran Siti Nurhaliza kali ini akan di adakan pada malam Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati