suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini bukan fesyen baru” - Awal anggap memalukan tersilap pakai seluar

Awal hanya menyedari seluar dan baju dipakainya berbeza warna selepas selesai mengacarakan majlis perkahwinan Elfira Loy - FOTO: KAKI FOTO

PENGACARA Awal Ashaari berkongsi detik lucu apabila memakai baju dan seluar warna berbeza tanpa disedarinya ketika mengacarakan majlis perkahwinan pelakon Elfira Loy baru-baru ini.

Awal yang mempunyai masalah penglihatan rabun warna memberitahu dia tidak menyedari baju dan seluar itu berbeza warna.

"Ini antara moment #colorblind (buta warna) yang tidak dapat dimaafkan!

Awal dan Scha antara selebriti dan ikon fesyen Malaysia.

"Saya mengacarakan majlis perkahwinan #Elfaris (Elfira & Faris) dan saya menyangka memakai tuxedo hitam untuk tema black tie.

"Bila tengok balik gambar, baru perasan saya pakai seluar tuxedo biru dengan jaket hitam. OMG tak boleh terimalah!" ujarnya di Instagram.

Awal meminta peminatnya yang melihat pemakaiannya itu tidak terpengaruh atau menganggap ia sebagai fesyen baharu.

"Tolong jangan ingat ini fesyen baru. Malunya..." kata Awal.


Foto yang dimuat naik Awal pada malam Khamis.

Dalam pada itu netizen yang komen di foto berkenaan turut bertanya tentang isterinya Scha Al-Yahya yang tidak menyedari akan hal itu.

Scha membalas komen tersebut berkata, dia tidak berada di tempat suaminya bersiap.

"Saya tiada semasa dia bersiap tu. Salahkan pembantu dia," ujarnya.

Awal Ashaari, Scha Al-Yahya

Artikel Lain