Dah dua kali terseliuh, kali ini jatuh ‘kelepuk’ - Dia Fadila

Dia Fadila tersungkur di jalan yang berlubang menyebabkan kakinya terseliuh.

GARA-GARA tidak berhati-hati ketika keluar daripada kereta, kaki penyanyi Dia Fadila terseliuh selepas dia tersungkur di jalan berlubang.

Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 35, berkata kejadian itu berlaku ketika dia dalam keadaan terburu-buru menghantar anaknya ke sekolah.

"Bila diri sejenis yang bergegas tak tahu tentu fasal. Tangan kanan bawa beg tangan, tangan kiri bawa beg sekolah anak dan baju sekolah agama dengan pegang tangan anak lintas jalan lagi.

"Keluar kereta... Kelepuk jatuh dekat jalan yang berlubang... Tahun lepas pun macam ni juga bila anak-anak baru mula sekolah.

Kaki Dia Fadila bengkak selepas terseliuh.

"Mungkin nak susun balik waktu bergegas hantar dan ambil anak sekolah tu sampai terpelecok (terseliuh) lagi untuk tahun 2019. Tahniah Dia Fadila," katanya.

Dia Fadila turut memuat naik keadaan kakinya yang bengkak dan berbalut di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Rata-rata pengikutnya menasihati penyanyi lagu Andai itu supaya lebih berhati-hati selepas ini dan mendoakan agar dia cepat sembuh.

"Semoga cepat sembuh. Saya pun minggu lepas jatuh ada lopak tepi jalan nasib pakai selipar sebab muka tak tengok bawa memang sakit tersungkur adui masyaAllah.

Dia bersama dua orang anaknya.

"Aduh... Semoga cepat sembuh ya @diafadila. Kita ni mak-mak lagu (macam) tu la semua nak kena pegang, bawa dan urus.

"Adui kesiannya... Selepas ini ingatkan diri supaya jangan terburu-buru. Semoga kakinya cepat sembuh," komen beberapa orang pengikutnya di laman sosial.

Dia Fadila berkahwin dengan suaminya, Redza Abdullah Sanusi pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Qaseh Dhiya, 9, dan Chinta Qadisa yang berusia enam tahun.

Dia Fadila

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!