Hamil selepas balik bercuti, Anzalna cuti setahun lagi

Anzalna rehat setahun lagi.

PELAKON Anzalna Nasir membuat keputusan untuk bercuti setahun lagi bagi menumpukan perhatian terhadap kandungannya.

Anzalna, 31, yang kini hamil empat bulan berkata, dia terpaksa menolak tawaran drama yang sepatutnya memulakan penggambaran pada Januari ini.

"Sepanjang tahun lalu memang saya berehat daripada lakonan dan merancang untuk hamil tapi saya tidak sangka akhir tahun baru diberikan rezeki ini.

"Sepatutnya tahun ini saya mula bekerja semula dan ada sebuah drama yang terpaksa saya tolak dengan baik. Nampaknya saya akan sambung cuti setahun lagilah sehingga bersalin," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saat paling saya nantikan” - Anzalna umum hamil empat bulan


Anzalna mengetahui dirinya hamil selepas pulang dari bercuti di Itali Oktober lalu.

Pada Rabu, Anzalna berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil empat bulan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Hanif Zaki.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia mengetahui tentang kehamilan itu selepas balik dari bercuti di Itali Oktober lalu.

"Saya berasa tidak sihat sepanjang percutian itu dan selepas balik Malaysia saya buat pemeriksaan dan Alhamdulillah doktor sahkan hamil. 

"Saya kongsi berita gembira dengan keluarga dan mereka sangat gembira. Saya buat kejutan kepada mereka dan rakam reaksi masing-masing sebagai kenang-kenangan.

"Lepas ni keluarga tak bagi saya bercuti jauh-jauh dan mahu banyak berehat di rumah," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Arluna ini berkata, dia belum membuat sebarang persiapan dan mahu menikmati proses kehamilan dengan tenang.

"Buat masa ini saya belum buat sebarang persiapan lagi sebab masih awal.

"Apa-apa boleh berlaku dan saya cuma mahu dan berdoa agar saya selamat melahirkan bayi ini sahaja," ujarnya yang mengalami alahan pada dua bulan pertama.

Anzalna dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada Jun depan.

Anzalna Nasir

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain