Selepas Zizan Razak, Riz Amin Pula Cedera - Hiburan | mStar

Selepas Zizan Razak, Riz Amin Pula Cedera

Riz memuat naik foto dia mengalami kecederaan di bahagian lututnya. Foto Instagram @rizamin.

PELAKON Riz Amin mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan ketika sedang menjalani penggambaran filem Polis Evo 2.

Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, berkata dia tersungkur ketika melakukan babak aksi.

Bagaimanapun, menurut pelakon filem Hantu Kapcai ini tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

"Bukan senang nak jadi pelakon. Risiko tinggi kadang-kadang. Proses pembelajaran tengah shooting Polis Evo 2 babak aksi sikit ja tersungkur.

"Benda nak jadi kan tapi Alhamdulillah semuanya okey," kata Riz.

Zizan menemani Riz sepanjang di hospital.

Riz memberitahu keadaannya itu menerusi laman Instagramnya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya berharap pelakon itu cepat sembuh.

Tambah Riz lagi, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pelakon utama filem tersebut, Zizan Razak yang membantunya ketika itu.

"Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, @zizanrazak869, Nuar dan Nano hantar kereta ke hospital sebab saya kena naik ambulance.

"Selepas itu dalam hospital dia la yang tolak kerus roda saya pergi xray. Waktu tengah cuci luka pun dia tunggu. Siap hantar sampai depan rumah.

"Terima kasih brother, Alhamdulillah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq," katanya.

Zizan Razak Cedera

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada 21 November lalu, Zizan juga mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

Riz Amin , Polis Evo 2 , Zizan Razak

Artikel Sebelum

Jihad Cara Caprice

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Jangan Cari Pasal Kata Zizan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain