Selepas 12 Hari, Fattah-Fazura Kongsi Video Tunang - Hiburan | mStar

Selepas 12 Hari, Fattah-Fazura Kongsi Video Tunang

Fattah dan Fazura bergambar bersama ibu masing-masing.

PASANGAN selebriti yang sedang hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya berkongsi detik gembira mereka di laman sosial
khas buat peminat masing-masing.

Fattah, 27, dan Fazura, 34, memuat naik video majlis pertunangan mereka yang diadakan pada 13 November lalu di kediaman keluarga pelakon wanita tersebut, malam Jumaat.

Menerusi kapsyen video tersebut, majlis telah berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

"Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana.

"Terima kasih di atas doa anda semua. Salam sayang dari kami Fattah & Fazura," tulis mereka.

Rata-rata pengikut pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini turut teruja melihat saat bahagia artis kesayangan mereka.

Ruang komen dihujani dengan ucapan tahniah dan ramai peminat tidak sabar untuk melihat Fattah dan Fazura disatukan sebagai suami isteri.

"I really love you Fattah, bila tahu Fattah dan Fazura bakal bertunang saya gembira sebab saya sayang Fazura juga.

"Tahniah untuk awak berdua. Please love each other till the end of your life because I love you guys!

"Aww so sweet. Dah lama tunggu untuk saat ini. Tahniah untuk kalian berdua," komen beberapa peminat mereka di Instagram.

Pasangan ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun dua resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup, dengan tetamu lain termasuk pihak media hanya akan diundang pada majlis resepsi.

Terdahulu mereka tampil menafikan sudah bernikah pada 14 November lalu di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya seperti yang dihebohkan.

Fattah Amin , Nur Fazura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mencabar Jaga Anak - Akim

Artikel Berkaitan

Ada Fattah, Fazura Dah Tak Sunyi Lagi

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain