suria

“Siap Cakap Saya Buat Hidung, Muka” - Zara Zya

Zara bengang ada individu cuba menjatuhkannya. Foto Instagram: @zarazya.

PELAKON Zara Zya mendedahkan ada individu telah menyebarkan fitnah kononnya dia membuat pembedahan plastik pada bahagian wajah dan hidungnya. 

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 32, berkata, dia terkejut apabila wujud sebuah akaun di Instagram menggunakan nama @zara_gile_pengkid yang membuat dakwaan tidak berasas terhadapnya.

"Di pagi yang mulia, lepas makan nasi lemak, saya dapat tahu wujudnya Instagram istimewa @zara_gile_pengkid. 

"Tahniah pada siapa yang buat Instagram yang istimewa ini. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi-tubi.

"Siap cakap saya buat hidung, buat muka.. haha. Meh la jumpa depan-depan. Nak tengok ori (asli) ke tidak," kata Zara menerusi entri terbaharu di Instagram.

Zara memuat naik paparan skrin akaun yang menyebarkan fitnah terhadapnya di Instagramnya. 

Bagaimanapun, Zara telah memaafkan individu disebalik akaun tersebut yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadapnya tanpa sebab. 

"Tak apa, saya maafkan awak siap-siap. Kesian hati manusia hitam macam ini. Dengki dengan orang lain tanpa sebab. Tak kisah siapa awak.

"Semoga hati awak gembira lepas ini ok. Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. kesian hidup dengan hasad dengki," ujarnya. 

Pengkongsian Zara pada Ahad telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengikut laman sosialnya memberi sokongan serta meminta pelakon wanita ini bersabar

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada 11 Ogos lalu, Zara telah berjaya menjalani pembedahan ketumbuhan kelenjar di bahagian pipinya awal Julai lalu.

Zara Zya

Artikel Berikut

Artikel Lain