suria

Fazura Bakal Duet Penyanyi Antarabangsa

Fazura mendedahkan bakal berduet dengan artis antarabangsa dan lagu itu akan dimuatkan dalam album pertamanya yang bakal dilancarkan pada Oktober depan. Foto EBBY SAIFUL

PELAKON Nur Fazura mendedahkan dia bakal merakamkan sebuah lagu duet bersama seorang penyanyi artis antarabangsa tidak lama lagi.

Bagaimanapun kata penyanyi lagu Bisa Apa ini dia terpaksa merahsiakan terlebih dahulu siapakah artis tersebut namun mengakui teruja dengan projek tersebut.

"Alhamdulillah saya diberi pelung untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.

"Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama dengannya," katanya.

Tambah duta produk Maydan ini, lagu itu bakal dimuatkan dalam album sulungnya yang dijangka akan berada di pasaran pada November depan.

Sebelum ini Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 33, pernah berduet dengan penyanyi dari Indonesia iaitu Ridho Rhoma menerusi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika selain Jason Dy dari Filipina lagu berjudul Nothing Like Pag-ibig.

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini juga pernah berkolaborasi dengan kumpulan Estranged menerusi lagu Hancur Aku dan Fattah Amin, Cinderella.

Fazura, Bisa Apa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain