suria

Fattah, Neelofa Kembali Bersama Malam Ini

Pengikut #lofattah tak sabar nak tengok gandingan semula Fattah dan Neelofa menerusi telefilem SHMP raya malam ini.

Wah... mesti peminat Fattah Amin dan Neelofa tak sabar nak tengok telefilem Suri Hati Mr. Pilot Raya (SHMP) pada malam ini.

Sejak Fattah dan Neelofa memuatnaik video sedutan telefilem tersebut di laman sosial mereka, pengikut hastag #lofattah sanggup tidak keluar rumah untuk beraya. 

Semuanya gara-gara nak lepaskan rindu melihat pasangan kesayangan mereka kembali beraksi sebagai suami isteri di layar kaca.

Menerusi laman sosial Neelofa beraya di Kuala Lumpur pada tahun ini. Foto Instagram @neelofa. 

Antara mesej yang ditinggalkan seperti berikut:

@if.sweet: nohatejustlove #EjazWarda miss you. Can't wait. 

@happygoluckysister: Kami satu family cousin semua excited nak tengok SHMP. We love you Warda Erina

@ainie_chanteq: Yes, miss Ejaz and Warda #wardaejazyangpunya.. Wow trending before tayang awesome@neelofa & @fattahaminz

@fatimahaliana: Rindu #lofattah tak sabar nak tengok @neelofa. I love you. 

Fenomena SHMP berjaya melonjak nama Fattah dan memenangi ABPBH 2017. 

Terdahulu, pasangan gandingan paling popular Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH 2017) pernah mencetuskan fenomena yang sangat luar biasa menerusi drama SHMP.

Malah, sehingga ke hari ini peminat seakan-akan tidak boleh lupakan keserasian Fattah dan Neelofa.

Tambahan pula, hubungan mereka kini dikatakan renggang membuatkan peminat tidak sabar mahu melepaskan rindu dendam mereka terhadap Neelofa dan Fattah.

Yang pasti drama tersebut pasti menjadi ‘trending’ di Twitter malam raya pertama.

Fattah Amin, Neelofa, Lofattah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain