suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cerewet Juga Amira Othman

Amira Othman

SELEPAS lagu Hati-Hati dan Jaga-Jaga mendapat sambutan baik, penyanyi Amira Othman mengakui sukar untuk mencari lagu baharu yang sesuai dan mendapat penerimaan yang sama.

Katanya, dia masih dalam proses memilih beberapa lagu yang benar-benar menepati cita rasa dan kehendak pendengar.

"Saya seorang yang sangat cerewet terutama berkaitan dengan lagu. Sekarang saya sudah ada beberapa demo sebagai single ketiga daripada beberapa komposer.

"Tapi saya masih lagi belum memutuskan lagu mana untuk dilancarkan dahulu," ujarnya kepada mStar Online.


Amira bersama sahabat baiknya Indah Ruhaila dan Nabila Razali.

Amira berkata, dia juga memilih untuk menyanyikan sebuah lagu berbeza daripada genre lagu yang dinyanyikan sebelum ini.

Katanya, ia kemungkinan sebuah lagu balada yang berkonsepkan ketuhanan.

"Insya-Allah kali ini saya mahu tonjolkan suara saya dari sisi berbeza dari lagu sebelum ini. Ia berentak perlahan dan ketuhanan sedikit.

"Saya juga masih dalam proses untuk meminta pendapat beberapa pihak seperti pengurusan dan keluarga sama ada ia sedap atau tidak.

"Saya tidak mahu lagu tersebut hanya saya sahaja yang rasa sedap tapi orang lain tidak suka," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang Hari Raya Aidilfiti, pelakon drama Abang Bomba I Love You ini mengakui masih berasa teruja setiap kali menyambut raya.

Katanya, ia adalah hari yang mengumpulkan seluruh ahli keluarga yang selama ini sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.

Amira Othman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain