Kaka Azraf Bukan Budak-Budak - Hiburan | mStar

Kaka Azraf Bukan Budak-Budak

Kaka Azraf

KETIKA ramai selebriti teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, penyanyi Kaka Azraf memilih untuk bersikap sederhana sahaja.

Kaka, 28, berkata, usia yang semakin dewasa membuatkan dia berasa lebih matang dalam menyambut perayaan itu.

"Saya bukan orang yang terlalu teruja, saya lebih gemar bersederhana dalam menyambutnya. 

"Mungkin juga usia pun sudah dewasa bukan budak-budak lagi.

"Baju raya pun tidak banyak cukuplah sepasang dan banyak fikir untuk ahli keluarga dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Kaka berkata, dia hanya beraya bersama neneknya di Klang, Selangor selama tiga hari sebelum kembali bekerja.

Kebiasaannya, kata Kaka, dia duduk di dapur bagi mengemas dan menyediakan makanan ahli keluarga dan tetamu yang datang.

"Selalunya pagi raya sahaja cantik, petang saya jadi seperti bibik dan hanya duduk di dapur sebab tu saya tidak buat banyak baju," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang pengertian raya buatnya, Kaka berkata, Hari Raya Aidilfitri merupakan hari mengeratkan silaturahim dan meraikan tradisi.

"Lebih penting dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain. Malah masa raya inilah kita jumpa kuih-kuih tradisi yang jarang jumpa," ujarnya.

Kaka Azraf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cerewet Juga Amira Othman

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun