suria

Jaclyn Victor Kahwin Bintang R&B Dari Amerika

Jaclyn Victor

KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai kejutan yang pernah dicanangkan oleh Jaclyn Victor sebelum ini terjawab apabila dia telah berkahwin dengan Shawn Rivera iaitu anggota kumpulan R&B dari Amerika Syarikat, Az Yet.

Jaclyn, 37, memberitahu, pemuda berusia 40 tahun itu berasal dari Puerto Rico dan menetap di Amerika Syarikat.

Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah gereja di Philadelphia pada 17 Julai lalu yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Inilah suami Jaclyn Victor.


Jaclyn berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinannya itu sebaliknya menghormati perminataan keluarga yang tidak mahu menghebohkannya.

Juara Malaysian Idol musim pertama ini berkata, dia mengenali pemuda berkenaan pada Januari tahun lalu ketika terlibat dalam satu progrom melibatkan kumpulan muzik tersebut.
Jaclyn Victor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain