suria

Que Haidar Kembali Berlakon Bukan Kerana Wang

Que menjelaskan dia kembali berlakon kerana sukakan jalan cerita dan skrip drama Budak Johor dan bukannya kerana wang.
Que menjelaskan dia kembali berlakon kerana sukakan jalan cerita dan skrip drama Budak Johor dan bukannya kerana wang.
Que menjelaskan dia kembali berlakon kerana sukakan jalan cerita dan skrip drama Budak Johor dan bukannya kerana wang.

PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar menjelaskan soal wang tidak pernah menjadi faktor kepada keputusannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, sebaliknya berkata, ia adalah atas kemahuan dirinya sendiri dan isu itu tidak pernah timbul.

"Saya mempunyai pekerjaan lain selain daripada berlakon jadi keputusan ini bukan kerana wang tetapi pilihan sendiri tanpa paksaan sesiapa.

"Zaman saya berlakon untuk membayar bil telah berlalu kerana sekarang ia lebih kepada kepuasan dan apa yang saya suka dalam sesebuah karya itu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Que memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor untuk saluran Astro Ceria dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran bahagian pertama drama tersebut.

Suami kepada Linda Jasmine itu kali terakhir muncul dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Oo yang ditayangkan Februari lalu.

Dalam pada itu, bercerita mengenai drama berkenaan, Que berkata dia tertarik untuk menerima tawaran daripada pihak produksi kerana jalan cerita dan skrip Budak Johor mempunyai 'feel' seperti filem kegemarannya iaitu Kami lakonan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

"Pada mulanya saya ragu-ragu juga sama ada mahu terima atau tidak tetapi selepas membuat perbincangan dengan pihak produksi dan membaca skripnya saya sangat tertarik hati.

"Ia mempunyai 'feel' seperti filem Kami tambahan pula jalan ceritanya sangat menarik," katanya.

Sementara itu, Que berkata, dia juga bakal bekerjasama dengan pengarah filem Bunohan, Din Said namun masih belum dapat mengesahkan mengenai projek berkenaan.

Jelas Que, dia telah lama mengenali Din dan meminati karyanya dan pelawaan pengarah itu untuk berlakon dalam filem arahannya adalah peluang keemasan.

"Insya-Allah jika tiada apa-apa hujung tahun projek itu akan berjalan namun semuanya masih dalam perbincangan. Bagaimanapun peluang untuk berlakon di bawah arahan Din adalah antara impian saya," katanya.

Tambah Que, setakat ini juga sudah ada beberapa produksi yang telah membuat tawaran kepadanya namun masih belum memberikan kata putus kerana perlu memikirkan tentangnya terlebih dahulu.

"Satu projek filem saya dah tolak kerana jadual dan lain-lain sedang buat pertimbangan dan Insya-Allah jika bersesuaian pasti saya akan terima," katanya.

Artikel Lain