suria

Tom Cruise Ajak David Beckham Berlakon

SAHABAT kepada David Beckham yang juga aktor Tom Cruise percaya bahawa Beckham mempunyai pakej yang cukup untuk menjadi seorang pelakon.

"Saya selalu mengajak dia untuk menyertai dalam bidang lakonan, dan dia sangat sesuai untuk itu," ujar Tom Cruise.

Tom Cruise yakin Beckham boleh berjaya dalam bidang ini kerana bintang bola sepak itu mempunyai ciri-ciri seorang pelakon.

"Wajahnya tampan, dia punya segalanya. Dia pasti boleh jadi seorang pelakon yang berjaya," ujar Tom seperti dipetik Splash News.

Biarpun sudah berusaha namun sahabatnya itu masih belum memberi reaksi positif untuk terjun ke bidang lakonan.

Malah Beckham sempat memberitahu untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia bola sepak, menjadi jurulatih kanak-kanak dan dalam perancangan membuka Akademi Bola Sepak di Brazil dan Asia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain