suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi Cium: KD Minta Maaf Bukan Kerana Laporan Polis

PENYANYI Krisdayanti akui memohon maaf kerana aksi ciumnya bukan kerana disebabkan dia dan pasangannya, Raul Lemos akan disiasat oleh pihak polis.

"Saya melakukan ini secara tulus, bukan atas paksaan sesiapa. Saya meminta maaf. saya sedar diri dan ini penyelesaian saya," ujar penyanyi lagu Aku Wanita Biasa itu menurut detikhot.com, Jumaat.

Peguam KD, Elsie Lontoh juga memberitahu perkara yang sama ketika berada di samping KD.

"Masalah laporan (polis) itu tiada urusan dengan ini (minta maaf)," katanya.

Menurut Elsie, KD memohon maaf kerana merasakan aksi cium anak guamnya dengan Raul sebagai suatu kekhilafan. Tambahnya, ciuman tersebut juga di luar kawalan KD.

"Semoga maaf ini boleh diterima oleh masyarakat kerana ramai yang merasa terganggu," jelasnya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain