suria

Yuke 'Dewa' Akan Akhiri Zaman Duda Tahun Hadapan

Yuke (kiri) inginkan seorang isteri yang bersifat keibuan dan bukan artis.
Yuke (kiri) inginkan seorang isteri yang bersifat keibuan dan bukan artis.
Yuke (kiri) inginkan seorang isteri yang bersifat keibuan dan bukan artis.

PEMAIN gitar kumpulan 'Dewa 19' yang bernama Yuke, menyasarkan tahun hadapan untuk mengakhiri zaman dudanya.

Malah bakal isterinya juga sudah dikenalkan kepada anak dan bekas isterinya, Kikan 'Cokelat'.

"Saya masih dalam proses pencarian. saya ingin yang terbaik buat anak-anak saya dan bekas isteri saya. Saya tidak mahu terburu-buru," jelasnya.

Yuke inginkan seorang isteri yang bersifat keibuan dan bukan artis. Kata Yuke, dia lebih suka isteri yang boleh menjadi ibu rumah tangga.

"Model juga tak mengapa. Saya sasarkan tahun depan untuk menikah," jelas Yuke.

Kriteria itu pastinya sudah dimiliki wanita yang masih dirahsiakan identitinya.

Khabarnya, Yuke dan bakal isterinya itu sudah berpacaran agak lama.

"Saya sudah kenalkan pada anak dan Kikan. Insya Allah jadi....?," kata Yuke.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain