suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce Tempah Bilik Hotel Untuk Simpan Beg-Beg!

Beyonce menyewa bilik Charles Forte Presidential Suite di Hotel Lowry, Manchester yang berharga 2,450 pound untuk penginapan satu malam. -Foto AP

BINTANG pop Beyonce Knowles menyewa satu bilik hotel yang lain hanya untuk menyimpan 12 beg ketika dia membuat persembahan di Liverpool, Britain.

Pelantun lagu popular 'Sweet Dreams' itu menyewa bilik Charles Forte Presidential Suite di Hotel Lowry, Manchester yang berharga 2,450 pound untuk penginapan satu malam, pada awal minggu ini.

Selepas gagal memuatkan beg-beg dalam biliknya, Beyonce menyewa satu bilik lain di Hotel Malmaison, Liverpool pada kadar 170 pound semalam, menurut laporan media.

"Dia (Beyonce) mempunyai tujuh beg pakaian, tiga beg tangan dan dua kotak. Kesemuanya untuk konsert meganya.

"Dalam beg tertentu, terdapat 14 gaun, banyak kasut, alat-alat mekap dan 25 rambut palsu," menurut sumber.

Sumber itu juga memberitahu empat pembantu diperlukan untuk mengangkat beg-begnya ke bilik hotel berdekatan Liverpool Echo Area - tempat Beyonce beraksi dua kali seminggu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain