suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wheein (MAMAMOO) tak hadir Anugerah Muzik Seoul kerana selesema

Doktor menasihat Wheein untuk berehat sebelum sembuh sepenuhnya.

SALAH seorang ahli kumpulan MAMAMOO iaitu Wheein tidak dapat menghadiri Anugerah Muzik Seoul yang diadakan pada Khamis lalu berikutan mengalami masalah kesihatan.

Menerusi kenyataan agensi RBW, Wheein telah melakukan pemeriksaan dan rawatan di sebuah hospital selepas beberapa hari mengalami selsema.

Pihak agensi juga memohon maaf kerana membuatkan peminat berasa bimbang dengan keadaan artis mereka.

"Wheein sudah melakukan pemeriksaan di hospital selepas mengalami selsema sejak beberapa hari lalu. Doktor menasihatkan untuk dia berehat sehingga sembuh.

"Kami memohon maaf kerana membuatkan peminat risau tapi kami akan lakukan yang terbaik untuk Wheein kembali sihat," katanya.

Sumber - Soompi

Wheein, MAMAMOO

Artikel Lain