suria

Bimbang... perbicaraan kes ikan masin buat Fairuz A Rafiq tak lalu makan, suami rancang percutian ke Bali

Sonny merancang untuk bercuti ke Bali bersama Fairuz.

SUAMI kepada pelakon Indonesia Fairuz A Rafiq iaitu Sonny Septian mendedahkan isterinya itu kini berada dalam keadaan yang sangat tertekan hingga tidak selera makan.

Ia berikutan wanita itu yang terpaksa memberi keterangan kes perbicaraan ikan masin membabitkan dirinya sepanjang minggu ini.

Menyedari penderitaan yang ditanggung isterinya itu, Sonny berkata dia merancang untuk membawa isterinya itu bercuti sekaligus meraikan ulang tahun Fairuz di Bali selepas perbicaraan selesai.

"Insyallah kami merancang untuk ke Bali supaya dia dapat menenangkan fikirannya selepas perbicaraan ini selesai nanti.

"Kami memilih Bali sebagai lokasi kerana terlalu banyak momen indah kami di sana, awal-awal perkenalan juga di sana," ujarnya.

Fairuz sangat tertekan sepanjang perbicaraan kes ikan masin membabitkan dirinya.

Dalam pada itu, Sonny berkata, dia juga sering mengingatkan isterinya itu yang dalam keadaan tertekan untuk mendekatkan diri dengan tuhan dan sentiasa beribadah.

"Kalau sekarang ni saya hanya mampu berada disisinya untuk menenangkannya dan tidak lupa juga untuk menyuruh dia solat kerana hanya Allah yang ada penyelesaian untuk semua permasalahannya ketika ini.

"Saya tak boleh nak tinggalkan dia lama-lama sendirian. Setiap hari saya akan terburu-buru untuk balik dan berjumpa dengannya.

"Semalam pun saya ada banyak kerja tapi melihat keadaan dia sekarang memang tak boleh nak biarkan," ujarnya. - Liputan6.com

Fairuz A Rafiq, kes ikan masin

Artikel Lain