suria

Penularan wabak Koronavirus... Super Junior sumbang 10,000 keping topeng muka!

Super Junior bimbang penularan wabak Koronavirus dalam kalangan kanak-kanak. Foto: Soompi

BAGI membendung penularan wabak Koronavirus, kumpulan Super Junior mengambil inisiatif menyumbang 10,000 keping topeng muka.

Menurut laporan Soompi, Super Junior menyerahkan topeng muka itu kepada The Community Chest of Korea dan akan diagihkan kepada kanak-kanak serta remaja di bawah jabatan kebajikan.

Sementara itu, wakil Super Junior berkata topeng itu diberi secara percuma kepada golongan tersebut kerana mereka lebih terdedah dengan ancaman virus itu.

Ia sekaligus dapat membantu mengawal dan mengurangkan peratusan risiko jangkitan terhadap kanak-kanak.

"Dengan virus Korona yang baru tersebar di Korea, kita memutuskan untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka masih rendah, tambahan pula mereka aktif di luar kawasan rumah.

"Ini adalah usaha kecil kami tapi besar harapan ia akan membantu mengurangkan risiko jangkitan," katanya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan ini muncul dengan album kesembilan, Timeless, pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, mereka menangguhkan rakaman persembahan Super Junior The Stage berikutan penularan wabak Koronavirus.

Super Junior

Artikel Lain