suria

Selena Gomez akui lagu 'Lose You to Love Me' kisah tentang Justin Bieber

Selena mengakui pernah melalui perhubungan indah dengan Justin Bieber. Foto: Real talk Time

PENYANYI Selena Gomez akhirnya mengakui lagu terbaharunya berjudul Lose You To Love Me merupakan luahan hatinya terhadap bekas kekasih, Justin Bieber.

Menurut laporan portal Buzz Feed, Selena memberitahu lagu tersebut dihasilkan ketika dia sedang bersedih dengan perpisahan mereka itu.

Dia turut berkata sepanjang perhubungan dengan Justin, emosinya sering terganggu sehinggalah mereka mengambil keputusan membawa haluan masing-masing pada Mac 2018.

"Makna lagu ini berbeza ketika saya menulisnya dulu... pada saat itu saya tidak merasa diperlakukan dengan baik tapi saya harus menerimanya.

"Walau bagaimanapun saya perlukan cara lain untuk mengatakan sesuatu dan menulis lagu ini salah satu caranya.

"Ini bukan lagu kebencian, ini lagu yang berbentuk jujur. Saya pernah memiliki hubungan yang indah dan tak boleh menafikan hal itu. Ia terlalu sulit tetapi saya gembira ianya sudah berakhir," katanya semasa temubual bersama NPR.

Lose You To Love Me telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu dan menerima pelbagai komen daripada pendengar.

Ada yang berpendapat lirik pada lagu tersebut seakan-akan ditujukan kepada Justin Bieber yang kini sedang bahagia bersama isteri Hailey Baldwin.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain