suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salman Khan dikecam gara-gara rampas telefon peminat yang ingin selfie

Salman Khan rampas telefon peminatnya. -FOTO- HINDUSTAN TIMES.

PELAKON terkenal Bollywood Salman Khan menjadi bualan netizen apabila sebuah video memperlihatkan dia merampas telefon bimbit seorang peminat tersebar di media sosial.

Insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Goa menunjukkan aktor itu bersama pembantu dan pengiringnya keluar dari balai ketibaan dan seorang peminat datang menghalakan telefon untuk berselfie dengannya.

Pelakon itu tiba-tiba naik angin apabila bertindak menepis dan merampas telefon berkenaan sambil berlalu pergi.

Aksi kasar yang dilakukan pelakon filem Sultan ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan aktor itu sebagai sombong.

Individu itu dipercayai bekerja dengan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang berkenaan tidak membuat sebarang laporan rasmi.

Menurut Hindustan Times, Inspektor polis di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah bertanya berkaitan video berkenaan kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut mengesahkan perkara itu, namun enggan membuat sebarang laporan.

Sebelum ini dalam satu laporan, Salman memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan peminat yang ingin dekat dan mencium dirinya selagi mereka mengikuti protokol dan meminta kebenaran.


Salman Khan

Artikel Lain