suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putus kawan... Vanessa Angel sekat Instagram Lucinta Luna gara-gara hina bau ketiak suami

Lucinta Luna dan Vanessa Angel putus kawan.

PENYANYI dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna menghina suami selebriti Vanessa Angel iaitu Bibi Ardiansyah apabila mendakwa lelaki itu memiliki bau badan yang kurang menyenangkan.

Perkara memalukan itu didedahkannya menerusi beberapa siri rakaman audio yang tersebar di laman Instagram individu bernama Gebby Vesta.

Menerusi rakaman itu, kedengaran Lucinta Luna menyebut mengenai bau badan suami Vanessa dengan mengaitkannya dengan tempat asal iaitu dari Bali, Indonesia.

"Ya, saya serius... demi tuhan, ketiaknya berbau.

"Biasalah, orang Bali kan makan daging haiwan liar... saya tak suka dengan bau badannya," kata Lucinta Luna.

Vanessa Angel dan Lucinta Luna sebelum ini sangat akrab.

Berang dengan sikap Lucinta Luna yang disifatkan biadab, Vanessa bertindak menyekat akaun Instagram penyanyi kontroversi berkenaan.

Selain itu, suami Vanessa turut memberi amaran kepada Lucinta Luna untuk tidak menyentuh mengenai asal usulnya yang dianggap sensitif.

"Hati-hati ya apabila kamu mengatakan masyarakat Bali itu berbau," tulisnya.

Vanessa dan Lucinta Luna sebelum ini berkawan baik dan sering mengenakan pakaian dan kerap memuat naik foto bersama.

Malah, Lucinta Luna juga merupakan antara tetamu yang hadir pada majlis pernikahan Vanessa tahun lalu. - Tribunnews.com

Artikel Lain