Camila Cabello, Shawn Mendes berseluar dalam atas pentas jika menang Grammy Awards - Bintang Global | mStar

Camila Cabello, Shawn Mendes berseluar dalam atas pentas jika menang Grammy Awards

Camila harap lagu Senorita meraih kemenangan pada malam Grammy.

PASANGAN penyanyi Camila Cabello dan Shawn Mendes ingin mengulangi sejarah yang pernah dilakukan oleh Twenty One Pilots semasa menerima Anugerah Grammy pada tahun 2017.

Menurut laporan Billboard, Camila berkata dia dan Shawn hanya akan berseluar dalam jika lagu nyanyian mereka berjudul Senorita memenangi anugerah pada malam Grammy yang akan berlangsung pada Ahad ini.

"Jika kami menang Grammy, kami akan berjalan atas pentas dengan hanya memakai seluar dalam seperti yang pernah dilakukan Twenty One Pilot. Itu janji," katanya semasa ditemubual Radio.com.

Shawn Mendes dan Camila bersatu suara dalam lagu Senorita.

Belum sempat diajukan soalan lanjut, Camila lantas memberitahu kenyataannya itu hanyalah gurauan.

"Bergurau saja... ini bukan janji! Saya kena bersenam lebih kuat lagi sebelum nak buat aksi itu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, lagu Senorita tercalon bagi kategori Best Pop Duo / Group Performance bersaing dengan penyanyi popular lain iaitu Ariana Grande dan Social House, kumpulan Jonas Brothers, Lil Nas X dan Billy Ray Cyrus serta Most Malone dan Swae Lee.

Camila Cabello , Shawn mendes , Senorita

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain