suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Channing Tatum, Jessie J kembali bercinta selepas sebulan berpisah

Channing Tatum, Jessie J dilihat menghabiskan masa bersama pada hujung minggu lalu. Foto: Dailymail

PELAKON Channing Tatum dikhabarkan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Jessie J.

Menurut laporan E!, sumber memaklumkan pasangan selebriti ini memilih untuk meneruskan hubungan mereka yang telah berakhir pada tahun lalu.

"Pada awalnya mereka mahu berpisah dan membawa haluan sendiri tetapi akhirnya mereka kembali semula.

"Baru-baru ini mereka nampak bahagia menghabiskan waktu bersama... walaupun tidak menunjukkan kemesraan di tempat awam tapi mereka berada dalam mood yang baik.

Jessie dan Channing mula menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober 2018.

"Mereka nampak sangat mesra dan dikhabarkan Jessie sudah tinggal di rumah Channing sejak beberapa minggu lalu," kata sumber.

Pada Ahad lalu, pasangan ini dilihat meluangkan masa bersama di sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Oktober 2018, namun hubungan mereka dikatakan berakhir pada 19 Disember tahun lalu.

Channing Tatum, Jessie J

Artikel Lain