suria

Kylie Jenner mahu empat orang anak sebelum usia 30 tahun

Kylie berhasrat untuk memiliki empat orang anak sebelum usianya mencapai 30 tahun.

BINTANG sensasi Kylie Jenner menyatakan hasratnya untuk mempunyai empat orang cahaya mata seperti kakaknya, Kim Kardashian yang dilihat berjaya menguruskan anak-anaknya meskipun bergelar usahawan.

Menurut Kylie, dia merancang untuk melahirkan empat orang anak itu sebelum mencapai umur 30 tahun.

"Sejujurnya saya mahukan empat orang anak cuma saya tak tahu bila.

"Walaupun belum ada perancangan mengenai hal itu, kalau boleh saya nak secepat mungkin.

"Dalam tempoh tujuh tahun lagi mungkin masa yang sesuai," ujarnya.

Kylie menyatakan kesediaannya itu selepas disoal beberapa peminatnya menerusi live di laman Instagram miliknya berhubung pengalamannya menjadi seorang ibu baru-baru ini.

Kylie menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Travis Scott pada 2017.

Kylie atau nama sebenarnya Kylie Kristen Jenner melahirkan cahaya mata pertama mereka, Stormi Webster pada 1 Februari tahun lalu. - TheHollywoodGossip.com

Kylie Jenner, Stormi Webster

Artikel Lain