Dia muda, popular dan berbakat... Pelakon 'My Ambulance' Thanaerng temui peminat Malaysia - Bintang Global | mStar

Dia muda, popular dan berbakat... Pelakon 'My Ambulance' Thanaerng temui peminat Malaysia

Thanaerng dan Sunny antara pelakon 'My Ambulance' yang bakal datang ke Malaysia pada 10 November ini.

BERWAJAH cantik, muda dan mempunyai ketinggian luar biasa menjadi kelebihan kepada Thanaerng Kanyawee Songmuang untuk mencipta nama dalam industri hiburan Thailand.

Aktres berusia 23 tahun ini meraih populariti menerusi watak Jane dalam drama bersiri Hormones The Series.

Mempunyai ketinggian 173 sentimeter melayakkan Thanaerng untuk berada di pentas peragaan, dia turut berkerjasama dengan beberapa jenama produk terkenal sebagai jurucakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Sunny Suwanmethanont, Mai Davika bersatu dalam ‘My Ambulance’… rasai cinta mereka secara eksklusif di Dimsum!

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

Thanaerng mempunyai darah kacukan Cina dan Thailand ini memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai Miss Teen Thailand pada 2012 dan Model Super Thailand pada tahun 2013.

Thanaerng Kanyawee Songmuang pernah menyertai Miss Teen Thailandan Model Super Thailand.

Pelakon tersebut dikenali menerusi drama Hormones 3 (2015) dan Senior Secret Love: My Lil Boy (2016).

Thanaerng pernah menuntut di Kolej Pengajian Disiplin, Universiti Thammasat dan kini bernaung di bawah pengurusan Nadao Bangkok.

Terbaharu, model itu turut membintangi drama siri My Ambulance gandingan pelakon terkenal Sunny Suwanmethanont dan Mai Davika. 

My Ambulance ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu pada pukul 9.10 malam menerusi platform dim sum. 

Thanaerng bersama pelakon utama My Ambulance iaitu Sunny Suwanmenthanont bakal membuat kemunculan istimewa di konsert dimsum Thai Pop 2019 yang akan berlangsung di Ideal Conveantion Centre Shah Alam (IDCC), pada 10 November depan.

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?