suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan rapat bimbang kehidupan Miley Cyrus selepas bercerai

Hubungan Miley dan Cody dilihat semakin rapat apabila mereka kini kerap menghabiskan masa bersama.

SEJAK berpisah dengan pelakon Liam Hemsworth, kehidupan penyanyi Miley Cyrus dikatakan berubah dan dilihat semakin liar.

Menerusi laporan Hollywoodlife, sumber memberitahu rakan-rakan rapatnya turut berasa bimbang melihat perubahan besar penyanyi itu.

Mereka bertambah risau apabila foto Miley sedang bercium dengan penyanyi Cody Simpson dikhalayak umum mula tersebar baru-baru ini.

"Rakan-rakan rapat Miley sentiasa ambil berat dengan setiap apa yang dilakukan penyanyi itu. Malah, foto Miley dan Cody membuatkan mereka bertambah risau.

Foto Miley dan Cody sedang bercium menjadi tular.

"Mereka tahu Miley kini sedang terluka selepas berpisah dengan Liam. Semua orang akan melalui waktu yang sukar selepas berpisah dengan orang tersayang.

"Mereka semua tahu, bila dia berkelakuan begitu disebabkan ada sesuatu yang berlaku," kata sumber.

Sebelum ini, Miley dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Kaitlynn Carter namun hanya bertahan selama enam minggu.

Pada Ogos lalu, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan Liam selepas hanya lapan bulan berkahwin.


Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia