suria

Blake Lively selamat melahirkan anak ketiga Ogos lalu

Blake dan Ryan kini mempunyai tiga orang cahaya mata.

PELAKON Blake Lively dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada sekitar Ogos lalu.

Memetik laporan daripada Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu anak ketiga Blake dan suaminya yang juga pelakon Ryan Reynolds kini sudah berusia dua bulan. 

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan ini masih merahsiakan jantina bayi mereka.

Blake dan Ryan bersama dua orang anak mereka.

Sebelum ini, pasangan itu hanya berkongsi mengenai dua cahaya mata perempuan mereka selepas beberapa minggu dilahirkan.

Pasangan ini pertama kali bertemu sekitar 2010 ketika sedang menjalani penggambaran filem Green Lantern dan hubungan mereka mula terjalin pada Oktober 2011.

Blake dan Ryan mendirikan rumah tangga pada 9 September 2012 dan mereka mempunyai dua cahaya mata bernama James, 4 dan Ines yang kini berusia dua tahun.

Blake Lively, Ryan Reynolds

Artikel Lain