suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi sahkan Claudia Kim akan berkahwin pada 14 Disember depan!

Majlis perkahwinan Claudia Kim akan diadakan di sebuah hotel pada 14 Disember depan.

TEKA-TEKI mengenai pelakon Claudia Kim bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya terjawab apabila pihak agensi mengesahkan perkara tersebut.

Agensinya iaitu Culture Depot memberitahu majlis perkahwinan Claudia dan kekasihnya yang bukan dalam kalangan selebriti bakal diadakan pada 14 Disember depan.

"Kami berterima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong Claudia Kim dan ini adalah kenyataan rasmi berkenaan dengan majlis perkahwinannya.

Claudia Kim.

"Claudia Kim bakal berkahwin dengan kekasihnya pada 14 Disember depan di Shilla Hotel. Claudia akan terus bekerja keras sebagai pelakon biarpun sudah berkahwin.

"Kami berharap semua peminat akan sentiasa menyokongnya," katanya menerusi kenyataan rasmi.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Claudia Kim dalam perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Cha Min Geun pada Disember depan.

Sumber - Soompi.

Claudia Kim

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia