suria

Raih populariti luar biasa, sembilan jejaka kacak Thailand 9BY9 jadi kegilaan wanita

Kumpulan 9by9 cipta fenomena luar biasa. Foto 4NOLOGUE

KUMPULAN Nine by Nine (9BY9) yang terdiri daripada sembilan jejaka kacak menjadi fenomena dan meraih populariti luar biasa di negara Thailand.

Malah, demam Thai Pop semakin dirasai peminat-peminat muzik di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

Kumpulan yang tertubuh menerusi gabungan kolaborasi 4NOLOGUE, Nadao Bangkok dan juga Grammy’s MBO ini mencipta nama menerusi lagu Night Light dan In Family, We Trust.

Empat ahli kumpulan itu iaitu Tor, Jayler, Captain dan Ice bakal beraksi di Malaysia.

Thanapob (Tor)

Kami senaraikan sembilan ahli kumpulan 9BY9 yang menjadi kegilaan peminat wanita.

1. Thanapob (Tor)

Vokalis utama kumpulan ini Thanapob atau lebih dikenali sebagai Tor ini menjadi kegilaan wanita kerana sikap dan budi bahasanya.

Bintang Aquarius yang lahir pada 14 Februari 1994 iaitu jatuh pada hari kekasih menjadikan dia seorang yang romantik.

Tor memiliki ketinggian 185 sentimeter dan ini melayakkannya menjadi seorang model.

Penyanyi ini mula menceburi bidang lakonan menerusi sebuah drama 16 siri pada bulan Februari 2019.

JJ merupakan penyanyi rap dalam kumpulan ini.

2. Jaylerr (JJ)

Jaylerr pernah melanjutkan pelajarannya di The Prince Royal’s College, Chiang Mai, Thailand.

Dia juga pernah memegang watak utama sebagai Oat di dalam filem Green Fiction pada tahun 2013.

Bintang kelahiran Ogos ini merupakan seorang rapper di dalam kumpulan Nine By Nine.

3. Jamy James

Selain menjadi sub vokalis, Jamy James juga adalah ketua kumpulan ini.

James pernah melakonkan watak Sun di dalam drama siri Hormone pada tahun 2014.

Bintang kelahiran Taurus ini pernah berlakon bersama ahli kumpulannya, Tor dalam filem pendek Sanctuary bersama-sama Got7.

Jamy pernah mengambil jurusan komunikasi major kewartawanan di Universiti Thammasat, Bangkok.

Captain minat Blackpink

4. Captain

Pemegang watak utama Noh dalam Love Sick: The Series ini merupakan sub vokalis 9BY9.

Fakta menarik tentang bintang kelahiran Aquarius ini ialah dia merupakan peminat tegar kumpulan penyanyi Korea iaitu Blackpink.

5. Porsche

Bekas kumpulan V.R.P ini pernah mengeluarkan tiga lagu beserta muzik video di bawah naungan Kamikaze, iaitu Shout, Play With Me dan Luck.

Porsche, selaku rakan baik kepada Lisa iaitu anggota Blackpink, merupakan penyanyi rap utama dalam Nine by Nine.

Ice bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 10 November depan.

6.Paris (Ice)

Paris Intarakomalyasut atau nama panggilannya Ice berusia 21 tahun. Paris turut mempunyai bakat dalam bidang lakonan dengan membintangi drama bersiri In Family We Trust bersama rakan-rakan lain.

Dia turut mempunyai akaun Instagram @iceparis dengan 827,000 pengikut.

7.Third

Third ahli kumpulan berbadan cantik dan gemar menayangkan ‘six pack’ dan dadanya.

Third popular hasil daripada penampilan solonya di dalam muzik video Love Warning, Reminder, Stay dan Just One Word.

8. Jackie

Jackie merupakan ahli termuda kumpulan itu yang berusia 18 tahun. Jackie juga pernah membintangi cerita In Family We Trust, pada tahun 2018.

9. Ryu

Ryu adalah anggota tertinggi dengan ketinggian 186cm antara ahli-ahli kumpulannya yang lain. Ryu merupakan seorang rapper dan juga sub vokalis.

Nine by Nine

Artikel Lain