Lady Gaga nafi punca Bradley Cooper dan Irina Shayk berpisah - Bintang Global | mStar

Lady Gaga nafi punca Bradley Cooper dan Irina Shayk berpisah

Bradley dan Irina dikatkan berpisah selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta disebabkan Lady Gaga.

PENYANYI dan pelakon Lady Gaga menafikan dirinya menjadi punca pelakon Bradley Cooper berpisah dengan Irina Shayk seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut laporan kapanlagi.com, Lady Gaga menjelaskan hubungan rapat dia dengan Bradley tidak melebihi sebagai rakan duet menerusi lagu Shallow sahaja.

"Lagu duet kami iaitu Shallow sememangnya menceritakan tentang cinta. Jadi, kami perlu berusaha untuk timbulkan rasa cinta antara kami.

"Dari segi persembahan, kami perlu dilihat serasi sebab peminat gemar melihat keserasian itu. Tapi hubungan rapat tu sekadar sebagai rakan duet sahaja," ujarnya.

Bradley dan Irina mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada awal tahun ini.

Rata-rata netizen membuat andaian, perpisahan tersebut disebabkan hubungan rapat Bradley dengan Lady Gaga semenjak mereka membintangi filem A Star Is Born.

Lady Gaga , Bradley Cooper , Irina Shayk

Artikel Lain