Kantoi berkhalwat, suami Citra Monica buat laporan polis terhadap Ifan Seventeen - Bintang Global | mStar

Kantoi berkhalwat, suami Citra Monica buat laporan polis terhadap Ifan Seventeen

Ifan dituduh berkhalwat bersama isteri orang.

VOKALIS kumpulan terkenal Indonesia, Seventeen iaitu Ifan bakal berdepan hukuman sekiranya didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita dikenali sebagai Citra Monica.

Menurut laporan Kapanlagi.com, suami wanita berkenaan membuat laporan polis di balai polis wilayah Bandung pada Selasa.

Laporan itu dibuat selepas penyanyi lagu Kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pangsapuri bersama seorang wanita berstatus isteri orang minggu lalu.

Pegawai polis yang mengesahkan mengenai laporan itu turut memberitahu siasatan lanjut akan dilakukan terhadap Ifan.

"Ya betul. Dilaporkan suami Citra Monica," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan Seventeen ditangkap khalwat dengan isteri orang, katanya hanya tumpang solat

Sebuah video memaparkan serbuan dibuat di rumah Citra Monica menjadi tular.

Selain itu, sebuah video dia ditangkap khalwat turut menjadi tular di media sosial sejak Isnin.

Menerusi video pendek itu, Ifan kelihatan keluar dari sebuah bilik dengan berseluar pendek berwarna merah jambu dan berbaju tshirt hitam.

Selepas dia duduk di sofa, dia disoal siasat oleh individu yang datang membuat serbuan terbabit.

Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.

Irfan Seventeen , Citra Monica

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain