“Kelihatan tua daripada usia sebenar” - Swafoto Kareena Kapoor jadi kecaman netizen - Bintang Global | mStar

“Kelihatan tua daripada usia sebenar” - Swafoto Kareena Kapoor jadi kecaman netizen

Kareena Kapoor jadi mangsa kecaman netizen.

PELAKON Bollywood Kareena Kapoor yang kini sedang bercuti di Tuscany, Italia menerima kritikan mengenai fizikal tubuh atau body shaming daripada pengguna laman maya.

Meskipun tidak mempunyai media sosial, pengurusnya Poonam Damania kerap memuat naik foto dan video Kareena untuk tatapan peminat.

Salah satu foto dikongsi adalah ketika pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham ini mengambil swafoto di bawah sinaran matahari.

"Sunkissed in Tuscany missing you Bebo," tulis Poonam menggambarkan kulit Kareena Kapoor yang terbakar kesan panas matahari.

Perkongsian itu menyebabkan netizen mula meninggalkan komen berbentuk body shaming kepada Kareena Kapoor.

Ada yang berpendapat aktres ini kelihatan terlalu tua daripada usia.

"Mukanya terlalu tua, seperti seorang makcik," tulis netizen.

Walaupun dipenuhi komen kritikan, masih ada peminat yang memberikan sokongan dan pujian kepada Kareena.

"Dia nampak luar biasa, pembenci tetap pembenci, buat hal sendiri, dia tetap bintang.

"Ohhh... ramai yang nak jadi hakim, dia berjaya dengan karier. Jangan menilai penampilannya sahaja," kata netizen.

SUMBER: tribune.com

Kareena Kapoor

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Davies pilih haluan baharu ke JDT