suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua kumpulan iKON kantoi beli dadah, YG Entertainment tamatkan kontrak dengan B.I

YG Entertainment tamatkan kontrak selepas B.I terlibat jenayah dadah.

AGENSI pengurusan YG Entertainment mengumumkan B.I bukan lagi anggota kumpulan Kpop iKON selepas penyanyi utama itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

YG Entertainment memaklumkan perkara itu menerusi sebuah kenyataan telah menamatkan kontrak eksklusif bersama B.I sebelum ini.

Terdahulu, B.I dituduh terbabit dengan jenayah dadah selepas perbualan applikasi popular di Korea iaitu Kakaotalk tersebar di media sosial.

Menurut laporan Koreaboo, perbualan itu mendedahkan mengenai urusan jual beli dadah diantara B.I bersama seorang lelaki dikenali sebagai Mr. A pada Ogos 2016 lalu.

B.I bukan lagi anggota kumpulan iKON.

B.I didakwa cuba membeli dadah perangsang iaitu LSD dan marijuana.

Walaupun pelbagai tuduhan melibatkan penyalahgunaan dadah dibuat namun tiada siasatan polis dilakukan terhadap B.I.

Berikutan itu, media tempatan menghubungi syarikat pengurusan kumpulan berkenaan iaitu YG Entertainment namun mereka menafikan kesemua tuduhan berkenaan.

iKON, B.I, marijuana

Artikel Lain