suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petisyen untuk B.I tarik balik keputusan keluar daripada kumpulan iKON

B.I dituduh terbabit dalam urusan jual beli dadah.

KEPUTUSAN B.I untuk keluar daripada kumpulan iKON mengejutkan peminat-peminat yang digelar sebagai Ikonics.

Menurut laporan Liputan6, sehingga Khamis seramai 554,000 orang sudah menandatangani petisyen untuk B.I mengubah keputusan tersebut di laman web Change.org.

Sebelum ini, B.I atau nama sebenarnya Kim Han Bin dituduh terbabit dengan jenayah dadah selepas perbualan aplikasi popular di Korea iaitu Kakaotalk tersebar di media sosial.

Menerusi laporan Koreaboo, perbualan itu mendedahkan mengenai urusan jual beli dadah diantara B.I bersama seorang lelaki dikenali sebagai Mr. A pada Ogos 2016.

Disebabkan kontroversi itu, agensi pengurusan YG Entertainment mengumumkan B.I bukan lagi anggota kumpulan iKON.

iKON, B.I

Artikel Lain