suria

IU gemuruh sepanjang konsert disebabkan pasangan Song-Song

IU terkejut pasangan Song-Song datang menonton konsertnya.

PENYANYI IU memberitahu dia berasa gemuruh apabila pasangan Song Jong Ki dan Song Hye Kyo datang menonton konsertnya baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, IU mendedahkan perkara itu ketika hadir sebagai tetamu di program JTBC, Ask Us Anything.

"Song Hye Kyo, Song Joong Ki dan Park Sol Mi datang. Ketika saya tampil di pentas dan melihat Song Hye Kyo dan Song Joong Ki ada di barisan hadapan.

"Mata kami bertentangan dan fikiran saya terus kosong menyebabkan saya hanya melihat mereka sahaja.

"Kami tidak mengenali satu sama lain, tapi mereka datang untuk menonton konsert. Saya terkejut dan membuat persembahan dalam keadaan gemuruh sepanjang konsert," katanya.

IU juga beranggapan pasangan itu akan beredar dari tempat itu tapi mereka tetap menonton sehingga konsert tamat.

IU, Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Lain