suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSY, Siwon bintang Kpop paling kaya!

Penyanyi PSY dan Siwon antara lima bintang kpop paling kaya di Korea Selatan.

POPULARITI bintang Kpop dari Korea Selatan menjadikan ramai di antara mereka berpengaruh di seluruh dunia - dan ia membolehkan mereka berhelar jutawan.

Daripada penjualan album, tiket konsert, duta produk dan jenama mereka sendiri, portal Koreaboo menyenaraikan lima bintang yang paling kaya di negara itu.


1. PSY – AS$45 juta (RM187 juta)

Penyanyi PSY menduduki tangga pertama sebagai bintang kpop paling kaya.

PSY mula menjadi perhatian dunia apabila lagunya, Gangnam Style menjadi tular dan popular di seluruh dunia selain muzik video itu mencipta rekod sebagai paling banyak di tonton selama lima tahun di YouTube.


2. Siwon – AS$35 juta (RM146 juta)

Memulakan karier sebagai anggota kumpulan Super Junior, Siwon mencipta nama dan kekayaan bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi lakonan dan model sejak 15 tahun lalu.


3. G-Dragon – AS$21 juta (RM87.6 juta)

G-Dragon bukan sahaja menganggotai kumpulan kpop terkenal Big Bang tetapi dia antara yang berjaya mencipta nama sebagai artis solo.

Kekayaan G-Dragon diperolehi termasuk daripada koleksi fesyennya, PeaceMinusOne.


4. Rain – AS$20 juta (RM83.7 juta)

Rain barangkali bintang Korea Selatan yang memperkenalkan Kpop ke seluruh dunia menerusi muzik dan drama lakonannya, Full House.

Penyanyi itu juga berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat apabila berlakon dalam filem Ninja Assasin yang diterima baik penonton.


5. Dara – AS$16 juta (RM66.7 juta)

Dara memulakan karier sebagai penyanyi dan pelakon di Filipina namun sejak mengembangkan kerjayanya di Korea - ia bagaikan tidak dapat dihentikan lagi.

Wajah cantik dan bakat luar biasa Dara membuatkan dia sentiasa menjadi pilihan membintangi drama dan duta produk terkenal sehinggakan berjaya mengumpul kekayaan pada usia muda.

PSY, Siwon

Artikel Lain