suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cardi B dapat tawaran lumayan untuk kongsi wajah anak

Cardi B belum sedia dedah wajah anaknya kepada umum.

PENYANYI rap Cardi B tidak akan mendedahkan identiti anak perempuannya, Kulture Kiara yang kini berusia tiga bulan.

Cardi atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar berkata dia hanya akan berkongsi gambar anaknya itu apabila dia bersedia dan mengikut caranya tanpa ditentukan oleh mana-mana pihak.

Kulture dilahirkan pada 10 Julai lalu dan suami Cardi, Offset hanya pernah memuat naik gambar anak mereka namun tidak menunjukkan wajah bayi itu.

"Saya dan suami tiada sebarang niat untuk tunjuk bayi kami kepada dunia, sekurang-kurangnya buat masa ini," katanya seperti dilaporkan People.

Dalam pada itu, Cardi mendedahkan ada pihak yang menawarkannya wang lumayan semata-mata untuk mendapatkan hak menyiarkan gambar bayi mereka.

"Saya dapat tawaran tujuh angka untuk siarkan gambar anak tetapi saya tidak bersedia lagi," katanya.

Cardi B

Artikel Lain