suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift derma wang bantu ibu peminat koma

PENYANYI Taylor Swift bermurah hati apabila mendermakan sejumlah wang sebanyak AS$15,500 (RM62,000) bagi membantu ibu peminatnya.

E Online melaporkan pada 1 Oktober lalu, seorang wanita, Sadie Bartell memuat naik status di Twitter bagi meminta bantuan untuk ibunya, Lauriaan yang koma sejak tiga tahun lalu.

"Ibu ada mengalami ulser yang menyebabkan otak tidak dapat menerima oksigen sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian itu.

"Saya minta bantuan anda semua bagi meringankan beban saya untuk menjaga ibu," tulisnya.

Sadie kemudiannya menulis mesej khas buat Taylor dan menyifatkan penyanyi itu sangat bermurah hati dalam membantunya pada masa sukar ketika ini.

Taylor Swift

Artikel Lain