suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Hyun Joong kembali beraksi selepas 4 tahun menyepi

PELAKON Kim Hyun Joong kembali beraksi dengan membintangi drama berjudul When Time Stopped selepas empat tahun menyepi.

Dia meluahkan rasa gembira apabila kemunculan semula sebagai pelakon mendapat perhatian pihak media tempatan Korea.

"Saya kembali membintangi drama selepas empat tahun. Syukur banyak wartawan yang beri sokongan.

"Sejujurnya kehilangan saya dalam industri sejak empat tahun lalu membuat ramai orang tertanya-tanya," ujarnya seperti dipetik Soompi.

Tambah Kim Hyun Joong, dia membuat persiapan untuk membawakan watak ini hampir tiga bulan.

Dia yang membawa watak lelaki bernama Moon Joon Woo yang mempunyai kemampuan untuk menghentikan waktu mengaku membuat banyak kajian tentang watak itu.

Drama berkenaan dijadualkan tayangan pada 24 Oktober.

Kim Hyun Joong

Artikel Lain