suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani dikecam menari lagu Black Pink

Nia Ramadhani - FOTO DETIK HOT

TINDAKAN pelakon Indonesia iaitu Nia Ramadhani menari lagu Black Pink menerusi video yang dimuat naik rakannya di Instagram menerima kecaman netizen.

Nia bersama rakan-rakannya iaitu Jessica Iskandar, Sally Adelia Soraya, dan Hertika Putri lincah mengikut rentak lagu Ddu du ddu du itu dianggap tidak wajar.

Netizen turut berpendapat baju yang dipakai pelakon itu terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian perutnya.

Pelakon yang baharu saja menunaikan ibadah haji itu diminta menjaga tingkah laku dan pemakaian supaya lebih sopan.

"Gagal fokus, Masya Allah sudah tunaikan haji berpakaian seksi, mudah-mudahan diberi hidayah," ujar salah seorang netizen.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula memuji bentuk badan wanita itu yang kekal langsing biarpun sudah memiliki tiga cahaya mata.

SUMBER: Detik Hot


Artikel Lain