suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ben Affleck lebih tenang selepas putus cinta dengan model Playboy

Ben lebih tenang. Foto: tabloidbintang

DUA minggu menjalani rawatan pemulihan ketagihan alkohol, pelakon Ben Affleck sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Menurut laporan Metro, aktor Batman ini dilihat lebih aktif menyertai program amal di sekitar kawasan kediamannya di Los Angeles.

Pelakon berusia 46 tahun ini nampak lebih tenang dan menegur masyarakat sekeliling ketika berjalan menuju ke gereja.

Sumber memberitahu, ini kali pertama Ben keluar bertemu masyarakat setelah hubungan cintanya dengan model Playboy, Shauna Sexton dikhabarkan putus pada 9 Oktober lalu.

Dia dikatakan memutuskan hubungan dengan model berusia 22 tahun itu kerana mahu fokus sepenuhnya dalam proses pemulihan tersebut.

"Ben biasa-biasa sahaja dan keadaannya tidak serius.

"Dia memang benar-benar mahu berubah dan mencari ketenangan dan nampaknya orang sekeliling menyukai perubahan itu," kata sumber.

Ben Affleck

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain