suria

Britney Spears terkenang 20 tahun nostalgia ‘Baby One More Time’

Britney Spears terkenang 20 tahun lagu Baby One More Time. Foto: reuters

PENYANYI Britney Spears meraikan 20 tahun lagu debut popularnya berjudul Baby One More Time.

Menerusi laman twitter, Britney berkongsi rakaman di sebalik tabir muzik video lagu tersebut.

"Sukar untuk saya luahkan dengan kata-kata betapa istimewanya hari ini kerana 20 tahun lalu dunia mendengarkan muzik saya untuk kali pertama.

"Banyak hal yang terjadi selepas pelancaran lagu itu namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong," tulisnya.

Rakaman dimuat naik itu memperlihatkan proses pembikinan muzik video untuk lagu tersebut ketika dia berusia 16 tahun.

Untuk rekod, lagu Baby One More Time terjual sebanyak 10 juta unit.

Album pertama menggunakan judul yang sama pula terjual 25 juta unit dan menjadikan ia antara album paling laris jualannya di dunia.

SUMBER: CNN

Britney Spears

Artikel Lain