suria

BTS pecah rekod sendiri!

Album terbaharu BTS, Love Yourself: Tear terjual sebanyak satu juta unit pada minggu pertama ia dilancarkan.

KUMPULAN terkenal BTS terus melakar sejarah apabila album terbaharu mereka, Love Yourself: Tear menjadi album paling laris jualannya pada minggu pertama ia dilancarkan di Korea Selatan.

Koreaboo melaporkan, album tersebut terjual sebanyak satu juta unit secara digital menerusi laporan dikeluarkan oleh Hanteo iaitu badan yang mengumpul data penjualan album.

Lebih menarik, BTS memecah rekod mereka sendiri menerusi album Love Yourself: Her yang terjual sebanyak 800,000 unit dalam tempoh sama.

BTS baharu sahaja memenangi trofi Top Social Artist buat kali kedua di Anugerah Muzik Billboard 2018.

Album terbaharu BTS itu juga memecah rekod pra-jualan dengan 1.5 juta unit dipesan oleh peminat dan penjual CD.

Dalam perkembangan lain, BTS baharu sahaja mempertahankan trofi Top Social Artist buat kali kedua di Anugerah Muzik Billboard 2018 (BBMAs 2018) yang diadakan pada Ahad lalu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Mereka turut mengadakan persembahan lagu terbaharu mereka, Fake Love pada acara itu.

BTS, Love Yourself: Tear, Fake Love

Artikel Lain