suria

Jutawan terkenal cinta baharu Avril Lavigne

Avril dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jutawan Phillip Sarofim.

PENYANYI Avril Lavigne dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jutawan dikenali sebagai Phillip Sarofim.

Daily Mail melaporkan, pasangan itu mula menjalinkan hubungan tiga bulan lalu selepas percintaannya dengan pemuzik JR Rotem terlerai tahun lalu.

Sumber terdekat penyanyi berusia 34 tahun itu turut mengesahkan mereka sedang bercinta namun hubungan itu masih dalam peringkat awal.

Untuk rekod, Phillip adalah anak kepada jutawan terkenal dari Texas, Fayez Sarofim.

Dalam pada itu, percintaan pasangan itu mula dihidu apabila mereka dilihat kerap mengunjungi kediaman masing-masing.

Pasangan ini mula bercinta selepas tiga bulan Avril berpisah dengan bekas kekasihnya.

Phillip dan Avril dikatakan berkenalan selepas bertemu pada majlis makan malam seorang rakan mereka.

Jejaka itu adalah lima daripada pewaris kekayaan keluarga Sarofim, pengurus dana kepada keluarga Dreyfus serta pemegang asal saham Kinder Morgan selain pemilik bersama pasukan NFL iaitu Houston Texans.

Phillip pernah berkahwin dengan usahawan yang dikenali sebagai Lori Krohn namun hubungan itu berakhir dengan perceraian.

Lebih mengejutkan, jutawan itu kemudian berkahwin pula dengan ibu Lori, Susan Krohn yang juga bekas isteri kepada jutawan Tracy Krohn pada Disember 2014.

Avril pula sebelum ini pernah berkahwin dua kali iaitu pada 2006 hingga 2010 dengan penyanyi Sum 41, Deryck Whibley.

Pada 2013, dia berkahwin dengan Chad Kroeger namun hanya bertahan selama dua tahun.

Avril Lavigne

Artikel Berikut

Artikel Lain