suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian bawa anak berhibur di Disneyland

BINTANG realiti Kim Kardashian lebih selesa menghabiskan waktu bersama keluarga jika tidak mempunyai urusan penggambaran atau perniagaan.

Isteri Kenya West itu dilihat menjadi contoh ibu yang baik kepada tiga cahaya matanya iaitu North, Sains dan Chicago West.

Kim sering membawa anak-anaknya berjalan dan terbaharu dia kelihatan berhibur di taman tema terkenal Disneyland di California.

Menerusi foto yang dirakam paparazi pada Selasa lalu, Kim bersama dua cahaya mata serta ditemani Kourtney Kardashian bermain di taman tema itu.

Mereka bermain semua permainan aksi yang terdapat di taman tema tersebut.

Kim bergaya sederhana dan sporty serta membiarkan rambut panjangnya terurai begitu sahaja.

Sementara wajahnya hanya mendapat solekan tipis bersesuaian dengan aktiviti hariannya itu.

Kim Kardashian

Artikel Lain